Whats new
Akan Datang
|
logo Dari Andalusia Ke Nusantara affiliates |
Whats new
Akan Datang
|
logo Dari Andalusia Ke Nusantara affiliates |
perhatian!
waktu bagi peringkat akhir Kuiz MiQ 2007, telahpun ditukar.sekarang, kuiz ini akan bermula dari 2 hingga 5.30 petang. harap maklum. MiQ2007 Akhirnya!!!
Jadi, siapa anda rasa akan menjadi juara tahun ini?Sabtu nanti, bukan sahaja mereka di pentas akan menjadi pemenang. Yang hadir juga mempunyai peluang untuk menjadi juara! Kuiz Penonton khas bagi anda yang hadir pada hari itu akan diadakan. Jadi, datanglah bersama rakan-rakan anda. Sabtu. 28 April 2007. 11pagi - 3petang. Auditorium Perpustakaan Woodlands. MiQ2007 Pusingan Akhir~~
Jadi, siapa akan menjadi juara?MiQ2007 Finals!!!!
Setelah menghadapi saingan sengit di pusingan awal, akhirnya 4 pasukan telah berjaya mara ke pusingan akhir Kuiz MiQ 2007. Tahniah kepada Maktab Rendah Anglo-Chinese, Maktab Rendah Innova, Maktab Rendah St Andrews dan Maktab Rendah Victoria!! Dan kepada sekolah-sekolah yang kurang bernasib baik, harap jangan berputus asa..tahun depan masih ada. Dapatkah Maktab Rendah St Andrews mempertahankan takhta mereka? Atau pendatang terbaru, Innova akan membuat satu lagi kejutan (atau 'kezutan', jika anda Aznil Nawawi) tahun ini? Segala kemungkinan boleh terjadi. Siapakah akan menjadi juara Kuiz MiQ 2007? Ayuh, Saksikan Peringkat Akhir Kuiz MiQ 2007 pada 28 April 2007, Sabtu di Perpustakaan Woodlands Auditorium!! ...Jumpa anda di sana... MiQ2007 Peringkat Suku Akhir MiQ
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya ke peringkat seterusnya.... Yang tidak berjaya, harap jangan berputus-asa, anda berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun hadapan.. Dengan tamatnya pusingan suku akhir kuiz MiQ, kini tibanya pusingan separuh akhir. 8 pasukan yang bertahan akan bertempur demi mengharumkan nama sekolah dan juga melayakkan diri bagi pusingan Akhir. antara 4 pasukan manakah yang akan mara ke pusingan akhir?jangan malu-malu datanglah hadir! bawa rakan-rakan sama ke Auditorium Perpustakaan Woodlands 14 April 2007 ini! Peringkat Suku-Akhir Pertama : 11am - 12.30pm Peringkat Suku Akhir Kedua : 2pm-3.30pm Kita jumpa anda semua di sana! MiQ2007 kejadian kembara 2007!
dari an-nahdhah ke perpustakaan negaraIni bukanlah tema Kuiz MiQ tahun ini, tetapi inilah perjalanan yang dilalui oleh peserta-peserta Kembara 2007. Mereka dapat menikmati hidangan lazat seperti croissant dan kopi cappucino, dan harus membuat model bangunan Masjid Sultan menggunakan plastercine sebagai salah satu cabaran untuk mendapatkan pembayang kata. sekolah-sekolah yang berjaya di dalam kembara 2007 : 1. Maktab Rendah Raffles 2. Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah 3. Maktab Rendah Anglo Chinese Mereka telah mendapat ganjaran yang boleh digunakan dalam kuiz MiQ pada peringkat suku akhir nanti.Antaranya adalah "Kekebalan", "2nd Chance" dan "Joker x3". Adakah kelebihan yang diberi dapat membantu memperbaiki peluang mereka untuk menjuarai kuiz tahun ini? Nantikanlah! Gambar-gambar Kembara 2007 akan dimuat naikkan seawal mungkin... MiQ2007 Kembara!
Permainan perlumbaan ala Amazing Race versi MiQ, Kembara, telah kembali bagi siri kedua!Kembara 2007 menjanjikan perbezaan dari versi tahun lalu dan lebih menarik, lasak dan lain-lain yang sewaktu dengannya demi mempersediakan para peserta untuk Kuiz MiQ beserta peranan tema kuiz tahun ini. Si juara Kembara 2007 akan mendapat apa? Baucer? Talian Hayat? Kekebalan? Tak puas jugak? Nak lagi? Jika mahu juarailah Kembara 2007 dan anda akan tahu! Jangan lupa! Sabtu! 31 Mac 2007! 9 pagi! Kita jumpa di Masjid An-Nahdhah! MiQ2007 |
FMSA dikenali sebagai Persatuan Muslimin Singapura (PERMUSI) pada tahun 1983. Ia dipelopori oleh sekumpulan siswazah dan biasiswa dari Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Ngee Ann. Pada tahun 1994, PERMUSI/FELLOWSHIP diubah menjadi sebuah organisasi pelajar yang diberi nama Persatuan Persaudaraan Pelajar-Pelajar Islam (FMSA).
FMSA telah mengadakan berbagai program bagi pelajar mencapai yang demikian:
1. Menjadi sumber ilmu Islam kepada para pelajar
2. menggalakkan idea yang menyatupadukan ilmu duniawia dan ukhrawi sebagai konsep pengetahuan yang menyeluruh
3. untuk memartabatkan lagi identiti Islam di antara pelajar beragama Islam
4. sebagai pusat kebaijkan dan komunikasi untuk pelajar-pelajar beragama Islam dan bukan Islam.
MiQ, atau meta ilmu aqal, pertama kali diadakan pada awal tahun 1980an. Ketika itu, kuiz ini dikenali sebagai "Kuiz Kertas Am" kerana ia bertujuan membantu pelajar peringkat Pra-U di dalam mata pelajaran Kertas Am. Ia diadakan buat beberapa tahun.
Kuiz tersebut disambung pada awal tahun 1990an. Kali ini, "Piala MUIS" tajaan Haji Zainul Abidin Rasheed, ketika itu Presiden MUIS menjadi rebutan. Kuiz diadakan di beberapa maktab rendah, Dewan Serbaguna Mendaki di Kee Sun Ave dan di Universiti Kebangsaan Singapura. Kuiz MiQ 2007 kini bertema “Dari Andalusia ke Nusantara” yang menggabungkan elemen tamadun Islam dan tradisi Melayu. Ingin menyahut cabaran? Sertailah Kuiz MiQ 2007! |
|
kuizmiq@gmail.com |