news
|
Garis Panduan Soalan & Peraturan
Alhamdulillah, sesi taklimat telah berjalan dengan lancar pada hari sabtu lalu. Pihak komiti MiQ2007 ingin berterima kasih kepada semua yang telah hadir sesi tersebut. Harap dimaafkan jikalau ada apa-apa perselisihan faham pada hari itu. Pendaftaran akan tutup pada hari pertandingan saringan, Sabtu 24 Mac 2007. Segala perubahan yang dilakukan selepas masa itu, tidak akan diterima. Bagi sekolah-sekolah yang belum lagi mendaftarkan diri anda, anda tidak ketinggalan. Peluang anda masih ada. Hanya dengan memuat turunkan Borang Pendaftaran dan hantarkan kepada emel kami.
kini, para peserta boleh memuat turunkan Garis Panduan Soalan (GPS) dan Syarat&Peraturan untuk persiapan kuiz MiQ2007. Jika ada apa-apa persoalan tentang MiQ2007, sila jangan segan untuk menghubungi kami menerusi emel, kuizmiq@gmail.com.
MiQ2007
2.3.07,2:15 AM
|
Best Viewed in Internet Explorer, 1024 x 768
© all rights reserved, miq2007
ABOUT
Sejarah FMSA
|ABOUT MiQ||COMMITTEE|
FMSA dikenali sebagai Persatuan Muslimin Singapura (PERMUSI) pada tahun 1983. Ia dipelopori oleh sekumpulan siswazah dan biasiswa dari Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Ngee Ann. Pada tahun 1994, PERMUSI/FELLOWSHIP diubah menjadi sebuah organisasi pelajar yang diberi nama Persatuan Persaudaraan Pelajar-Pelajar Islam (FMSA).
FMSA telah mengadakan berbagai program bagi pelajar mencapai yang demikian:
1. Menjadi sumber ilmu Islam kepada para pelajar
2. menggalakkan idea yang menyatupadukan ilmu duniawia dan ukhrawi sebagai konsep pengetahuan yang menyeluruh
3. untuk memartabatkan lagi identiti Islam di antara pelajar beragama Islam
4. sebagai pusat kebaijkan dan komunikasi untuk pelajar-pelajar beragama Islam dan bukan Islam.
miq
|fmsa history||COMMITTEE|
MiQ, atau meta ilmu aqal, pertama kali diadakan pada awal tahun 1980an. Ketika itu, kuiz ini dikenali sebagai "Kuiz Kertas Am" kerana ia bertujuan membantu pelajar peringkat Pra-U di dalam mata pelajaran Kertas Am. Ia diadakan buat beberapa tahun.
Kuiz tersebut disambung pada awal tahun 1990an. Kali ini, "Piala MUIS" tajaan Haji Zainul Abidin Rasheed, ketika itu Presiden MUIS menjadi rebutan. Kuiz diadakan di beberapa maktab rendah, Dewan Serbaguna Mendaki di Kee Sun Ave dan di Universiti Kebangsaan Singapura.
Pada tahun 2001, FMSA bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Balai Rakyat Kampung Ubi untuk menganjurkan kuiz.
Kuiz diberi nama "Kuiz Pengetahuan Am" dengan skop soalan yang lebih luas. "Piala Pusingan Encik Mohamad Maidin Packer Mohd" menjadi rebutan. Encik Mohamad Maidin ketika itu adalah Penaung FMSA
Kuiz MiQ 2007 kini bertema “Dari Andalusia ke Nusantara” yang menggabungkan elemen tamadun Islam dan tradisi Melayu. Ingin menyahut cabaran? Sertailah Kuiz MiQ 2007! |
 |
Jawatankuasa
|FMSA History||About Miq|
Best Viewed in Internet Explorer, 1024 x 768
© all rights reserved, miq2007