MiQ, atau meta ilmu aqal, pertama kali diadakan pada awal tahun 1980an. Ketika itu, kuiz ini dikenali sebagai "Kuiz Kertas Am" kerana ia bertujuan membantu pelajar peringkat Pra-U di dalam mata pelajaran Kertas Am. Ia diadakan buat beberapa tahun.
Kuiz tersebut disambung pada awal tahun 1990an. Kali ini, "Piala MUIS" tajaan Haji Zainul Abidin Rasheed, ketika itu Presiden MUIS menjadi rebutan. Kuiz diadakan di beberapa maktab rendah, Dewan Serbaguna Mendaki di Kee Sun Ave dan di Universiti Kebangsaan Singapura.
Pada tahun 2001, FMSA bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Balai Rakyat Kampung Ubi untuk menganjurkan kuiz.
Kuiz diberi nama "Kuiz Pengetahuan Am" dengan skop soalan yang lebih luas. "Piala Pusingan Encik Mohamad Maidin Packer Mohd" menjadi rebutan. Encik Mohamad Maidin ketika itu adalah Penaung FMSA
Kuiz MiQ 2007 kini bertema “Dari Andalusia ke Nusantara” yang menggabungkan elemen tamadun Islam dan tradisi Melayu. Ingin menyahut cabaran? Sertailah Kuiz MiQ 2007!