Whats new
Akan Datang
|
logo Dari Andalusia Ke Nusantara affiliates |
Whats new
Akan Datang
|
logo Dari Andalusia Ke Nusantara affiliates |
Peringkat Suku Akhir MiQ
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya ke peringkat seterusnya.... Yang tidak berjaya, harap jangan berputus-asa, anda berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun hadapan.. Dengan tamatnya pusingan suku akhir kuiz MiQ, kini tibanya pusingan separuh akhir. 8 pasukan yang bertahan akan bertempur demi mengharumkan nama sekolah dan juga melayakkan diri bagi pusingan Akhir. antara 4 pasukan manakah yang akan mara ke pusingan akhir?jangan malu-malu datanglah hadir! bawa rakan-rakan sama ke Auditorium Perpustakaan Woodlands 14 April 2007 ini! Peringkat Suku-Akhir Pertama : 11am - 12.30pm Peringkat Suku Akhir Kedua : 2pm-3.30pm Kita jumpa anda semua di sana! MiQ2007 |
FMSA dikenali sebagai Persatuan Muslimin Singapura (PERMUSI) pada tahun 1983. Ia dipelopori oleh sekumpulan siswazah dan biasiswa dari Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Ngee Ann. Pada tahun 1994, PERMUSI/FELLOWSHIP diubah menjadi sebuah organisasi pelajar yang diberi nama Persatuan Persaudaraan Pelajar-Pelajar Islam (FMSA).
FMSA telah mengadakan berbagai program bagi pelajar mencapai yang demikian:
1. Menjadi sumber ilmu Islam kepada para pelajar
2. menggalakkan idea yang menyatupadukan ilmu duniawia dan ukhrawi sebagai konsep pengetahuan yang menyeluruh
3. untuk memartabatkan lagi identiti Islam di antara pelajar beragama Islam
4. sebagai pusat kebaijkan dan komunikasi untuk pelajar-pelajar beragama Islam dan bukan Islam.
MiQ, atau meta ilmu aqal, pertama kali diadakan pada awal tahun 1980an. Ketika itu, kuiz ini dikenali sebagai "Kuiz Kertas Am" kerana ia bertujuan membantu pelajar peringkat Pra-U di dalam mata pelajaran Kertas Am. Ia diadakan buat beberapa tahun.
Kuiz tersebut disambung pada awal tahun 1990an. Kali ini, "Piala MUIS" tajaan Haji Zainul Abidin Rasheed, ketika itu Presiden MUIS menjadi rebutan. Kuiz diadakan di beberapa maktab rendah, Dewan Serbaguna Mendaki di Kee Sun Ave dan di Universiti Kebangsaan Singapura. Kuiz MiQ 2007 kini bertema “Dari Andalusia ke Nusantara” yang menggabungkan elemen tamadun Islam dan tradisi Melayu. Ingin menyahut cabaran? Sertailah Kuiz MiQ 2007! |
|
kuizmiq@gmail.com |